Friday 2 March 2012

I'M SO LONELY, BROKEN HEART






Macam tak percaya je status aku sekarang SINGLE .. selama 4 tahun aku bersamanya dan sekarang aku sudah pun berpisah dengan dia .. mungkin jodoh kami tak panjang, dan mungkin jodoh aku dan dia sampai sini sahaja .. memang aku sayangkan dia, tipu lah kalau aku kata aku tak sayang dia. Apa kan daya, jodoh kami tak berpanjangan. . dan setiap yang berlaku pasti ada khidmatnya kan.. ada jodoh tidak ke mana, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentu kan..  terlalu banyak kenangan aku dengan dia.. susah sama-sama , senang pun sama-sama..  pelbagai dugaan penah kami hadapi sepanjang kami bersama.  Bercinta sejak di bangku sekolah dan berakhir  pada umur aku 20 tahun dan dia 21 tahun.. lama tak lama lah aku dengan dia. Tapi akhirnya perpisahan yang dapat.. nak tanggis pun tak guna juga, aku dah terlalu penat  menanggis untuk dia.. terlalu penat sangat sampai kering air mata aku nak nanggis. . sekarang semuanya sudah berakhir.. sampai kan FAMILY pun suruh aku lepaskan dia.. mungkin salah aku juga sebab ada keluar dengan boy lain.. tapi aku pun nak macam orang lain. Senang bersama couple dorang, apa yang nak dapat. Sedang kan aku apa yang aku nak aku carik sendiri..aku tak rasa macam aku ada boyfriend, sebab semua hal semua kesusahan aku.. aku tnggung sendiri.. bertahun aku bersama dengan dia, bertahun pula aku hidup macam ini dengan dia.. aku yang tak faham dia atau dia yang tak faham aku.. macam mana aku tak buat perangai kalau dia tak penah nak faham aku and hargai aku.. aku dah cukup penat dengan semua ini.. sumpah jeles bila tengok member-member aku bahagia dengan bf dia..dapat something dari bf dorang.. pergi mana-mana bf dorang tanggung. Sedangkan aku? Semua kena bangun sendiri, carik sendiri.. aku tipu parents pun sebab nak selamat kan dia.. BODOH nye aku buat semua ini.. betul kata orang CINTA ITU BUTA sampai tak nampak yang mana kaca dan permata.. biarlah semua ini berlalu sebagai kenangan aku.. mungkin aku bukan yang terbaik utuk dia.. mungkin aku tak layak untuk dia dan mungkin dia boleh dapat yang lebih PERFECT dari aku.. seperkara yang paling aku terkilan bila dia tipu aku kata nak pergi hospital.. tapi rupa-rupanya dia nak pergi UPTOWN,SHAH ALAM.. dia suruh cousin aku jangan bagitahu aku yang dia pergi uptown.. kata dia , dia tak nak bawak aku sebab malas nak ambik aku dekat rumah.. kecewa gila hati aku.. macam tu ke seorang bf layan gf dia.. sedangkan selama ini aku amek dia dekat mana-mana.. tak ada pun aku kata macam tu.. tak pula aku ,merungut kata jauh.. minyak semua aku yang support.. tu dia tak fikir pula.. salah aku ke semua ini?? Hanya TUHAN sahaja yang tahu isi hati aku.. terima kasih sebab lepaskan aku, walaupun aku tahu hati kau berat untuk lepaskan aku.. thanks RAJA MUHD ASWAD. . :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KALAU KITA MASIH BERSAMA~



*aku makan hati dengan perangai kau
*hari-hari kita gaduh tanpa sebab
*dalam seminggu hanya 2 kali jew kita berlembut

*kau buat aku ini tempat lepas kan marah jew
*sometime kau buang aku , dan ambil bila kau perlukan
*suka sakitkan hati kau
*bila aku susah kau macam tak nak tolong je
*kau selalu buat aku ketawa tanpa henti
*bila aku menanggis , kau akan senyum dan lapkan air mata aku
*kau selalu risau kemana aku pergi
*selalu bagi nasihat tapi aku rasa kau nie suka membebel
*bila aku marah kau, kau mesti mengalah
*kau tak penah naik tangan dekat aku, walaupun aku buat hal
*aku tahu kau sayang aku dan tak nak lepaskan aku..

Aku rindu kan kau, rindu semua kenangan kita.. dan aku suka tengok kau marah, sebab bila kau marah.. baru aku tahu bertanpa kau sayangkan aku. Cuma aku tak tahan kau nie suka membebel.. sampai kan aku terpaksa diam dan layan membebel kau tu.. aaiisshh. . dapat  rindunya semua itu.. kau selalu cakap kau ini girlfriend macam aku, sebab tak penah nak memilih dan semua benda tak kesah.. apa boleh aku buat, aku pun hidup sederhana so nak memilih sangat pun tak guna.. ini lah kisah terakhir aku dengan dia.. lepas ini tak ada lagi kisah kami di sini. . setiap manusia ada juga kekurangan dia dan semua manusia tak lah perfect sangat.. macam dia dan aku juga..ada silapnya.. tapi dia ini oke, carring and setia. Kenangan kita tak akan aku lupakan.. SELAMAT TINGGAL SAYANG ..:)